aku yang bernama suzieapai

aku yang bernama suzieapai

jom jengah

Monday, April 30, 2012

8 tuntutan

Stetmen ni di petik dr sebuah laman ABC123 (bukn nama sbnr).... :)

1) Bersihkan daftar pemilih
2) Penggunaan dakwat kekal
3) Tempoh kempen minima 21 hari
4) Penggunaan media yang adil kepada semua parti bertanding
5) Memperkukuhkan institusi awam
6) Hentikan rasuah/korupsi
7) Hentikan politik kotor
8) Memperkemaskan sistem undi pos

BERSIH merupakan satu usaha bersama daripada 84 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melihat satu pembaharuan dilakukan kepada sistem pilihan raya di Malaysia supaya unsur-unsur “confusing” dan “ambiguous” semasa pilihan raya dapat dielakkan, dan sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut lebih telus dan adil. BERSIH bukanlah satu agenda yang diterajui oleh mana-mana parti politik, sama ada dari pihak kerajaan atau pun pembangkang dan ianya merupakan satu perkara yang agak mustahil untuk mana-mana parti politik merampas penganjuran BERSIH ini daripada sekumpulan 84 buah NGO.
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan pihak BERSIH yang menjemput semua pihak, sama ada yang berpendirian kerajaan, pembangkang atau neutral untuk sama-sama menghadiri himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 ini, insyaAllah.
Kami berpendapat bahawa tuntutan yang dibawa oleh BERSIH adalah untuk menjadikan sistem pilihan raya lebih adil. Mana-mana parti yang bertanding belum tentu dijanjikan kemenangan dalam pilihan raya tersebut. Satu pilihan raya yang adil akan menjadikan suasana politik Malaysia lebih aman dan teratur. Hal ini kerana semua parti politik yang terlibat akan menghormati keputusan pilihan raya tersebut dan yakin bahawa keputusan pilihan raya merupakan manifestasi kepada suara rakyat keseluruhannya. Jika ada mana-mana pihak yang cuba mengganggu perjalanan pilihan raya atau melakukan kekecohan, maka pihak ini akan mendapat tanggapan yang buruk daripada rakyat sendiri.
Namun,apa yang lebih penting ialah Allah S.W.T. suka akan hamba-Nya yang bersifat adil dan tidak menzalimi hamba Allah yang lain. Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 57:
Mafhumnya: “Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim..”
Kami memuji pihak kerajaan yang mengiktiraf perhimpunan BERSIH kali ini dan tindakan ini merupakan langkah progresif ke arah politik yang adil dan matang.

Conlusion dr aku --- Tepuk dada tanya selera.....fikir2 kan...jgn melabelkan seseorang tanpa usul periksa..itu sudah jadi satu fitnah.. Sbgi insan yg berakal, sama-sama kita fikirkan dan nilai...mane yg baik, jdkan pedoman, yg buruk campak trus ke lautan hindi.. ada fahammm????!!!

*** Hmm..bru lepas BERSIH umah, 8 penjuru dh clear..tggl nk kemas menan ank2 je lagi! Fenatlaaa...kt TM tak penat cenggini...uwaaaaa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...