Terkedu aku bila mendapat perkhabarn yg kurang baik. Seorang kawan rapat semasa berada di Sek Men Teknik Terenganu sedang terlantar di Hospital Alor Setar, sedang menjalani rawatn tuk kanser rahim. Sedih, kesal, bercelaru menerpa fikiran. Setlh sekian lama tidak m'hubungi antra satu sama lain, tiba2 khabar buruk ku terima..aku yakin ader kawan2 blog yg satu Teknik Tganu dan satu UUM(terutama yg ambil course accountancy)aku pasti kenal dgn insan ini.
Hasmawazi Hamzah...itulah nama yg memenuhi ruang fikiranku sejak 2 3 ari ni. Terlalu besar dugaan yg dia terima Ramadhan ini,terlalu sayu utk aku kenangkan. Dengan ank2 yg maish kecil dia terpaksa berjuang menempuhi penyakit itu.
Berita yg di sampaikan oleh Stopa btul2 mengejutkan aku. Dgn suara yg terketar2 aku cuba utk berbicara dgn Wazie..Panggilan pertama tak berjawab, aku sudah resah!. Panggilan kedua yg dibuat sewaktu aku menunggu waktu kelas akhirnya berjawab. Syukur...suaranya di telefon sudah berubah. Sgt berbeza .Aku cuba meyakinkan diri bahawa suara itu bukan dia, tetapi silap. Itu mmg dia! Tersekat2 aku betanya khabar...namun, dia dgn ceria bercerita itu dan ini..cuba berselindung dr penderitaannya. Mmg itulah sikap dia yg tak pernah berubah dari dulu..
Pilu bila aku mengetahui drpdnya, penyakit yg dihidapi ini di kesan sejak bulan 7 yg lalu. Mula2 berlaku sedikit bleeding dan akhirnya, darah yg keluar tdk mampu di tahan lg sehinggakan dia tdk berdaya utk bangun, apatah lagi berjalan. Aku pnh mengalami tumpah darah sewaktu berpantang hazreen, dan aku pnh rasa bgaimana kekurangan darah...Tetapi, dia dgn tenang menyatakan, lagi teruk keadaan berbanding tumpah darah..Subhanallah.....! Aku minta kpda kawan2 blog samada kenal atau tak insan ini, sama2 la kita berdoa memohon kesembuhan utk dirinya...sekarang dia sudah selesai menjalani operation m'buang kanser dan rahim. Cuma menunggu result dr doktor samada sel yg diambil itu, mengandungi kanser yg aktif atau tak. Sekiranyer kanser itu aktif, maka dia perlu menjalani kemoterapi...Ya Allah, jauhkan lah kwn ku daripada perkara yg lagi memudaratkan...
Sekarang kita mendengar dan melihat org di uji dgn pelbagai ujian dan penyakit...semua ini sebenarnyer dugaan hidup. Mungkin perkara-perkara seperti ini, dpt
menginsafkan kita dan yg paling penting lebih
mendekatkan diri kita dgn Pencinta yg Maha Agung... 
gambo masa form 5 kt sek teknik tganu...(zuliana,hasmawazi,aku,masitah,sha dan fina).

aku dan hasmawazie sms hari sukan sekolah..terlalu byk memori gila2 aku ngan dia..dialah insan yg byk mengajar aku mengenal hidup. Berkawan dgn nya m'buat kan aku lebih berani berdepan dgn situasi..
teringin plak aku nk buat reunion ngan budak2 ni...tahun dpn umur kami semua dh 30 wei..aku rasa maybe tahun yg plg sesuai utk berkumpul....