guru.....
sharing is caring....sila baca & renung2kan....
SEMBANG-SEMBANG LEHA DAN SENAH
Leha : Ehhhh…. Anak siapa yang menangis dari tadi tu..?
Senah : Anak cikgu Peah.. Kenapa…?
Leha : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
Senah : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok-tengokkan...
Leha : Biar betull…. Malam-malam macam ni pun pergi sekolah jugak…?
Senah : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus
lumus. Biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Lepas tu sembahyang hajat
pula untuk anak-anak muridnya.
Leha : Tapi cikgu balik awal kan….?
Senah : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
Leha : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
Senah : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap.
Cikgu Peah awal pagi dah pergi sekolah, lewat petang baru balik. Ada
aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya
tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik
rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sebab kena tanda
kertas exam budak.
Leha : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
Senah : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat di rumah, aku tengok dia di
skolah juga. Ada saja program di sekolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak
aku sendiri pun tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program
kat skolah tu… penat katanya. Tertanya-tanya juga aku yang cikgu ni tak
penat ke..?
Leha : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan…
Senah : Si Joyah cakap kat aku… Masa cuti sekolah pun dia kena jaga
anak cikgu Peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas
tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pun kena hadir pelbagai kursus…
Leha : Habis tuu… bila masa cikgu Peah dapat lepak macam kita ni…?
Senah : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot…..
budak-budak tu dah macam anak dia dah… pada dia lah budak2 tu mengadu
kalau ada masalah…
Leha : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
Senah: Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat
Cemerlang? Budak-budak tu pandai sendiri ke? Haaa… anak engkau si
Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia
kat umah…..?
Leha: Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak
aku kat umah… Lagipun anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan
karenah diorang tu….
Senah : hahahhahaha……
Leha : Kenapa kau gelakkan aku….?
Senah : Engkau tu baru 4 orang anak dah tak larat nk layan… Cikgu Peah
tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik …. Itu baru satu kelas.
Leha : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis
tu… yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
Senah : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. Cepat
sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak
bertempat
Leha : Maksud engkau?
Senah : Pasal hari tu la…
dia pergi marah2 cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau
cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan
kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster
agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak
ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pun sama je…..
Leha : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duduk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pun tak ada tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
Senah : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
Leha : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
Senah : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pun blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
Leha : Engkau ni… saje nak kenakan aku….
1 comment:
akak mohon share ya....
Post a Comment