Stetmen ni di petik dr sebuah laman ABC123 (bukn nama sbnr).... :)
1) Bersihkan daftar pemilih
2) Penggunaan dakwat kekal
3) Tempoh kempen minima 21 hari
4) Penggunaan media yang adil kepada semua parti bertanding
5) Memperkukuhkan institusi awam
6) Hentikan rasuah/korupsi
7) Hentikan politik kotor
8) Memperkemaskan sistem undi pos
2) Penggunaan dakwat kekal
3) Tempoh kempen minima 21 hari
4) Penggunaan media yang adil kepada semua parti bertanding
5) Memperkukuhkan institusi awam
6) Hentikan rasuah/korupsi
7) Hentikan politik kotor
8) Memperkemaskan sistem undi pos
BERSIH merupakan satu usaha bersama
daripada 84 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melihat satu
pembaharuan dilakukan kepada sistem pilihan raya di Malaysia supaya
unsur-unsur “confusing” dan “ambiguous” semasa pilihan raya dapat
dielakkan, dan sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut lebih telus
dan adil. BERSIH bukanlah satu agenda yang diterajui oleh mana-mana
parti politik, sama ada dari pihak kerajaan atau pun pembangkang dan
ianya merupakan satu perkara yang agak mustahil untuk mana-mana parti
politik merampas penganjuran BERSIH ini daripada sekumpulan 84 buah
NGO.
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan
tindakan pihak BERSIH yang menjemput semua pihak, sama ada yang
berpendirian kerajaan, pembangkang atau neutral untuk sama-sama
menghadiri himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 ini,
insyaAllah.
Kami berpendapat bahawa tuntutan yang
dibawa oleh BERSIH adalah untuk menjadikan sistem pilihan raya lebih
adil. Mana-mana parti yang bertanding belum tentu dijanjikan kemenangan
dalam pilihan raya tersebut. Satu pilihan raya yang adil akan
menjadikan suasana politik Malaysia lebih aman dan teratur. Hal ini
kerana semua parti politik yang terlibat akan menghormati keputusan
pilihan raya tersebut dan yakin bahawa keputusan pilihan raya merupakan
manifestasi kepada suara rakyat keseluruhannya. Jika ada mana-mana
pihak yang cuba mengganggu perjalanan pilihan raya atau melakukan
kekecohan, maka pihak ini akan mendapat tanggapan yang buruk daripada
rakyat sendiri.
Namun,apa yang lebih penting ialah Allah S.W.T. suka akan hamba-Nya
yang bersifat adil dan tidak menzalimi hamba Allah yang lain. Firman
Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 57:Mafhumnya: “Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim..”Kami memuji pihak kerajaan yang mengiktiraf perhimpunan BERSIH kali ini dan tindakan ini merupakan langkah progresif ke arah politik yang adil dan matang.
Conlusion dr aku --- Tepuk dada tanya selera.....fikir2 kan...jgn melabelkan seseorang tanpa usul periksa..itu sudah jadi satu fitnah.. Sbgi insan yg berakal, sama-sama kita fikirkan dan nilai...mane yg baik, jdkan pedoman, yg buruk campak trus ke lautan hindi.. ada fahammm????!!!
*** Hmm..bru lepas BERSIH umah, 8 penjuru dh clear..tggl nk kemas menan ank2 je lagi! Fenatlaaa...kt TM tak penat cenggini...uwaaaaa
No comments:
Post a Comment