aku yang bernama suzieapai

aku yang bernama suzieapai

jom jengah

Monday, March 5, 2012

dia memang HEBAT!


  • HEBAT kerana dia memenuhi ruang hati ini..cinta yang tidak berbelah bagi..
  • HEBAT kerana dia menyayangi diri ini lebih dari aku menyayanginya..
  • HEBAT kerana dia sanggup bersusah payah memenuhi permintaan tanpa sebarang keluhan..
  • HEBAT kerana dia sanggup berkorban memikul tanggungjawab yang di tinggalkan..juga tanpa sebarang bantahan, malah menjadi penguat semangatku..
  • HEBAT kerana dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untukku dan juga anak-anak.

Sememangnya, pasangan hidup kita adalah yang terbaik. Kerana dia anugerah dr Tuhan yang Maha Pemurah ..untuk melengkapi kekurangan kita. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pasangan. Jangan pula menjangkakan sesuatu di luar dugaannya.. sebaliknya jadilah pasangan yang saling melengkapi, bukan pasangan yang membebani..Jadilah pasangan yang mementingkan toleransi, bukannya menindas antara satu sama lain. Sehebat mana pun seorang isteri/suami, haluan hidup perlu seiring. Yang paling penting, biarlah ia berlandaskan Iman & Taqwa..Itulah matlamat membina mahligai bahagia…segalanya terpulang kepada kita untuk melayari bahtera tersebut, kerana KITA dan PASANGAN KITA adalah PENGEMUDI yang TERHEBAT!! Yakinlah….

5 MAC, tarikh keramat yang menyempurnakan hidup aku & dia..semoga Tuhan memberkati hubungan kita hingga hujung nyawa… SAYANG SELAMANYA (FAIRULNIZAM * NOR SUZILIANI).

*******tuk en apai, coretan di alam maya ini dituju khas untuk abang....*********


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...