masih segar di ingatan tanggal 30 nov 2005, tatkala melahirkan hero sulongku Muhammad Haziq Haqimi bin Fairulnizam di Hospital Daerah Dungun usai sahaja azan subuh. Hilang semua derita sakit yg di rasai apabila menatap badan kecil di atas pangkuan dadaku..terlalu comel, terlalu bersih, terlalu indah...terasa seperti mimpi. Tak pernah terjangka sedikitpun di kotak fikiran, detik itu aku bergelar 'mama'. Sungguh besar anugerah Tuhan...syukur...
Walaupun tanpa suami di sisi (bertugas di Shah Alam) tp aku cukup bahagia di temani mak ayah di sisi..Jelas terpancar kegembiraan dimuka mereka berdua. Selesai di Qamatkan oleh ayah, Haqimi di letakkan semula di katil baby. Suara tangisan kecilnyer mengajar aku utk m'beri susu ibu kepada nyer. Pengalaman pertama...di ajar oleh mak. Cara memangku, cara menyusu...terlalu luar biasa keadaan itu..dlm menanggung sakit jahitan di bahagian bawah. Aku berjaya mberi yg terbaik utk Haqimi...Alhamdulillah...dgn izinnya...
Terima kasih kepada staffness di Hospital Dungun yg menjalankan tugas dgn baik sepanjang proses kelahiran ankku...
Hari ini genap usia Haqimi 5 tahun..tiada yg aku harapkan dari nya melainkan menjadi ank yg soleh..semua ibubapa inginkan yg terbaik utk setiap ank mereka. Begitu juga aku...
"Selamat Menyambut Hari Kelahiran yg ke 5 tahun Muhammad Haziq Haqimi..Mama sayang kamu..."
1 comment:
epy besday haqimi...dh besarr..
Post a Comment