sehingga saat ini aku masih terkejut dgn berita ptg smlm. Tentang seorg teman..tentang seorg pendidik yg telah pergi meninggalkan kita semua.. 'Zamzarida Mohamed' yg dikenali jauh di Utara Semenanjung swktu menuntut di UUM. Tiada kata, tiada bicara lagi utk di dengarkan kpdanya..dia telah 'pergi' selamanya..
sempat melahirkan baby ke-3 dan sempat menyusukan satu2nya bayi perempuan yg dilahirkan namun, kerana komplikasi 'bleeding' dia kini tiada lagi..al'fatihah utk arwah..
bertugas sbgai pendidik di Karak, berjiwa kentar dan bersemangat waja. Itulah diri arwah yg aku kenali..pernah menjadi classmate sewaktu berada di matriks, pernah seangkatan mjadi peminat outdoor dlm kelab kanu UUM...sama2 berkenu meredah lautan, sama2 bergelak ketawa, menyanyi, berjln sekitar kolej proton dan pernah tidur sebantal seatu masa dulu...hubungan aku dgn arwah sgt rapat! Tidak pernah skali dirinya menyusahkan sesiapa...terlalu baik..mmg terasa kehilangannya.
Buat suami arwah, Khalid dan ahli keluarga...salam takziah..semoga dirinya tabah dengan dugaan Illahi, tabah menjaga ank2 yg masih kecil....diri'nya' terlalu istimewa...
thanks fara aziera, bahizah yg menyebarkan berita ini....
No comments:
Post a Comment